Edit blog menggunakan Inspect Element
Asssalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat datang ke tutorial ringkas pada petang yang mendung ini. Hari ini, Abe We nak ajar cara ringkas untuk menghilangkan gambar tertentu pada blog setelah kita memuatnaik template terbaru.
Sebagai contoh, Abe We menolong blog +aRz MoHa iaitu http://www.arzmoha.com/
Di dalam blog http://www.arzmoha.com/ terdapat gambar seorang lelaki kacak yang tidak di kenalpasti gerangannya, umurnya, tarikh lahirnya dan juga tanda lahirnya. Oleh sebab itu, kita harus menyahkan dia dari template ini.
Cara-cara menggunakan Inspect Element
Bagi mereka yang kurang biasa, mungkin cara ini susah. Tapi percayalah, cara ini senang sahaja. Sehinggakan semasa anda makan ais krim Malaysia yang berharga RM0.20 tanpa di kenakan GST, anda masih mampu menggunakan teknik Inspect Element ini.
1. Pointkan tetikus anda di gambar yang anda ingin remove itu dan right click. Kemudian klik pada Inspect Element.
2. Setelah kita klik pada Inspect Element, akan keluar coding di bawah ni. Perhatikan pada tulisan yang telah di highlightkan secara automatik oleh Inspect Element. Code itu adalah sumber gambar ini.
3. Untuk memastikan ianya betul, gerakkan tetikus pada code yang di highlightkan itu.
4. Sekarang, kita perlukan kod sumber atau source code gambar itu untuk kita mengenalpasti di mana ianya di letakkan. Gerakkan tetikus ke "src=xxxxx" dan kemudian double click tetikus anda dan copy.
5. Pergi ke dashboard>template>edit HTML>tekan CTRL+F dan pastekan code tadi seperti di bawah dan tekan enter. Sesudah itu, akan terjumpa code yang sama seperti apa yang kita paste tadi dan kita boleh delete terus.
Fuyyoo abe we.. Macam tu jer.. Main delete2..
ReplyDeleteselalu jugak buat cara ni :)
ReplyDeletetak pernah cuba..lagipun baru tahu ja..good sharing ewan
ReplyDeleteBelum pernah mengalami masalah cenggini lagi.
ReplyDeleteTapi kalau ada pun, macam tak confident jer... nak delete huhuuhuu...
terima kasih kerana mempromosikan RCC Stevia Sweetner di situ....
ReplyDeletehikk hikk hikkk.... :)
apapun nice tutorial ni Ewan.. simple je ekk cara nak nyahkan "mat salah" tu.. hehehehe.. baru lah aRz leh bercuti dgn aman damai lepas ni... :p
owh...senang jer
ReplyDelete