Wednesday 19 August 2015

3.35 peratus pelajar sekolah positif dadah

3.35 peratus pelajar sekolah positif dadah

Peratusan membimbangkan

Sebagai ibu bapa, perkara yang paling membimbangkan ialah pergaulan anak-anak. Baik lelaki mahupun perempuan. Pergaulan semasa mereka remaja inilah yang amat membimbangkan.

Semakin meningkat remaja, semakin mereka nak kenal dunia luar. Nak cuba perkara baru. Inilah yang sering membelenggu para ibu bapa.

Sebanyak 3.35 peratus daripada 117,562 pelajar sekolah didapati positif dadah semasa menjalani ujian urin saringan awal sejak 2013 hingga sekarang
Dan dari keratan akhbar berita harian seperti di atas, ini sangat-sangat menakutkan.

Pelajar adalah sumber masa depan negara. Di sini bermulanya lahir pemimpin. Dan bayangkan jika negara dalam porak peranda. Tiada yang boleh memimpin. Pastinya negara akan musnah.

Jika dari awal mereka di ajar dengan perkara negatif seperti mencuri, bila memimpin negara, tentunya habis harta negara di curi.

Di zaman siber ni, memang agak berat cabarannya. Lagi-lagi bila gajet berleluasa.



Image and video hosting by TinyPic

1 comment: