Nilai Ringgit Semakin Jatuh
Ringgit terus jatuh ke paras 17 tahun terendah
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar pada dagangan pagi selasa selepas bank asing melepaskan pegangan ringgit mereka. Pada pembukaan pagi ringgit berada pada 3.933 berbanding dolar berbanding 3.927 penutup petang Isnin. - astro awani
Huhu..... Sedih tengok berita ni dekat tv malam tadi. Tak sangka, makin lama, makin susut nilai ringgit.
Abe We ingat lagi, masa tahun 1997, kegawatan ekonomi masa tu, nilai ringgit di tambat pada rm3.30/usd1.00 (kalau tak silap). Tapi, hari ni, makin turun.
Rakyat Malaysia resah
Jika nilai wang kita semakin susut, sudah tentu kita sebagai end user akan merasa akibatnya.
Yang paling tersepit ialah golongan pertengahan. Golongan pertengahan inilah yang sering kali tertindas. Tak de bantuan apa-apa. Tapi hutang dok keliling pinggang. Huhuuu.... Lagi-lagi yang duduk dekat kawasan bandar.
Kita juga pastinya risau akan kenaikan harga barangan. Sudah lah terbebabn dengan GST, bila nilai ringgit jatuh, barangan jadi semakin mahal. Minyak pun dah tak de kabor nak turun bawah rm2.00. Hmmm....
Golongan yang untung
Golongan elit, bangsawan yang kaya raya, hartawan dan dermawan juga yang untung. Nak beli apa je boleh. No limit.
Selain itu, mereka yang kerja di Singapore ataupun oversea memang untung.
Cuba bayangkan, gaji cleaner dekat Singapore SGD1500, di darabkan dengan RM3.93 = RM5,895. Pergkhhh....clenaer je pun. Gaji 5k kot. Lepas tu duduk plak dekat JB. Silap hari bulan, boleh ada 3 biji rumah. Kayoooo.....
Doa Rakyat Malaysia
Kita sebagai rakyat Malaysia, haruslah berdoa agar nilai wang ringgit kita kembali naik. Kalau terus macam ni, memang habislah kita.
Nilai Ringgit setakat 12 Ogos 2015
Dan setakat pagi ini, nilai ringgit mencecah ke RM4.00/USD1.00. Inilah rekod yang paling teruk. Kita berharap agar kerajaan kita dapat buat sesuatu dan bukannya terus berkata
Nilai ringgit jatuh bagus untuk industri pelanconganIni adalah satu kata-kata yang bertaraf budak tadika. Kalau macam tu biar je la ringgit jatuh ke RM10/USD1.00. Lagi bagus untuk pelancongan.
Akhir kata,
Jika baju biru kita sudah terlalu kotor, gantilah dengan yang lain. Yang lebih bersih. Yang lebih memberikan aura. Yang lebih suci. Dan tidak tercela.
Sama-sama kita berdoa......
Betul2 mengerikan.... mcm mimpi ngeri...
ReplyDeleteSaya sebagai golongan end user dan fakir bandar nie....huhuhu
Apalah nasibnye... Semoga Allah memberi jln buat kte semua... Ameen.... huhuhu
"Dalam senyuman ada duka" cewahhhh