Wednesday 12 August 2015

Tips Memandu Ketika Hujan

Tips Memandu Ketika Hujan
foto kredit ke http://firestartingautomobil.blogspot.com/

Tips Memandu Ketika Hujan

Jangan nyalakan Hazard Light sesuka hati

Petang semalam, hujan memang lebat betul. Rasanya sampai pukul 8 malam gak lah hujan baru berhenti.

Apabila hujan lebat mula mencurahi bumi, otometiknya jalan pun jem. Kalau jalan yang dah hari-hari jem, bila hujan gini, makanya bertambah-tambahlah jem nye.

Tapi semalam selamatlah Abe We balik tak jem sangat. Hujan lebat gini, memang kita kena berhati-hati. Tak boleh pandu laju sangat. Mata pun kena awas. Jangan leka. Silap sikit je, gedegang..... terbang fulus......

Tips Memandu Ketika Hujan

Apabila hujan, apa yang kita perlu buat selain waspada ialah:

Pasang lampu kenderaan

foto kredit ke http://firestartingautomobil.blogspot.com/

Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah Menyalakan Lampu kenderaan anda. Kenapa? Ianya sebagai isyarat kereta di hadapan, di kiri, di kanan dan di belakang anda. Jika anda tidak menyalakan lampu, kenderaan di hadapan, di kiri dan kanan sedar akan hadirnya kenderaan anda. Jika kenderaan di kiri atau kanan ingin memotong, mereka akan nampak cahaya dari lampu kenderaan anda. Begitu juga kenderaan dari belakang, mereka akan nampak kenderaan anda di depan dan mereka boleh memperlahankan kenderaan mereka.


Jaga jarak kenderaan


Semasa hujan, anda perlulah menjarakkan kenderaan anda secukupnya, sekurang-kurangnya sebuah kenderaan. Jangan terlalu rapat. Ini kerana semasa hujan, brek kereta anda tidak 100% mencengkam. Ia akan menggelungsur dahulu sebelum benar-benar mencengkam. Pastikan kereta anda dan kereta depan tidak terlalu dekat.

Jaga kelajuan

Nak kemana laju-laju tu bang?

Semasa hujan, tak payah lah nak bawa 120kmj atau lebih. Bawa slow-slow dah la. Simpan sikit duit tu untuk masa depan. Duit boleh di cari, tapi nyawa?

Ikut lorong yang sesuai

Pandu kereta ikut lorong ni memang menjadi masalah utama dekat Malaysia ni. Dah cakap 2.6 billion kali pun masih tak faham. Kalau pandu slow tu, janganlah dok lorong kanan. Kalau dah jalannya memang 1 lane je, terpaksalah orang lain pun slow gak.

Tumpukan perhatian kepada pemanduan


Ingat, masa hujan, jangan main henpon. Kalau pakai 3310 dulu boleh la. Dengan selamba taip mesej tanpa ada 1 typo. Jangan dok nyanyi-nyanyi dalam kereta. Tumpukan perhatian sepenuhnya pada pemanduan anda.

Kesilapan pemanduan ketika hujan

Penggunaan lampu Hazard

Sering kita lihat, bila hujan je, beberapa kereta terus pasang lampu Hazard. Kadang-kadang tak berapa nak lebat pun, tapi di nyalakan jugak lampu tu. Apekehal?

Tahukah kita tentang penggunaan lampu Hazard ni? Lampu Hazard ni, bukanlah lampu milik Eden Hazard yang main dekat Chelsea tu ye.

Itu bukan lampu saya k. Itu lampu double signal kereta

Lampu Hazard ni di kenal jugak dengan nama Double Signal. Dan kegunaanya ialah:-

Lampu kecemasan (hazard light) adalah untuk kecemasan. Ia digunakan ketika kenderaan berhenti, bukannya ketika sedang bergerak

Nampak tak kegunaan dia tu? Tak kira apa jantina anda, apa jawatan anda, apa kereta anda, baca ni betul-betul. MASUKKAN DALAM KEPALA.




Sumber:


9 comments:

  1. Terima kasih. Rasanya ramai yang guna lampu hazard tu jika hujan lebat terutama di highway. Lepas ni xleh guna dah. TQ yea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ramai yang akan pasang lampu hazard time hujan ni. Kadang2 hujan tak lebat sangat pun, tp di pasangnya gak. Klu psg hazard gak, mmg mengkonfiuskan pemandu lain.

      Delete
  2. oii!! apesal pulak ada gambar hazard? hahahahahahhaa.. pernah la jugak guna lampu hazard..time tu terlalu lebat sangat hujan.. memang tak nampak langsung jalan... dah bukak lampu tinggi pon.. last semua org bukak lampu hazard..kitorg pon..hahaha..takut org belakg x perasan kereta weolss..kang gedebomm pulak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut lah yoorin bk lampu hazard. Minat chelsea rupanya...kikikii...tp klu dah mmg xnmpk semua kereta sekeliling, blh la kita pasang kot. Sbg lmpu tmbhn.

      Delete
  3. perkongsian yang baik. kalau di lebuhraya aRz lebih suka berhenti rehat dan kena kopi secawan

    ReplyDelete
  4. ok r tu jem.. boleh makan dengan roti gardenia..

    ReplyDelete