Pengasingan Sisa Pepejal
Semua penduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Perlis dan Kedah wajib melaksanakan pengasingan sisa pepejal dari punca.
Berikutan itu pemilik kediaman di negeri berkenaan wajib mengasingkan sisa pepejal mereka mengikut kategori seperti kertas, plastik dan lain.
Sebenarnya inisiatif ini memang bagus. Tapi masalahnya, kurang kesedaran sivik di kalangan rakyat Malaysia ni.
Secara khususnya boleh di katakan bahawasanya rakyat Malaysia ni MALAS nak asingkan. Semua benda campak dalam satu bekas je. Habis cerita.
Jadi, macam mana kita nak laksanakannya?
Cara Pengasingan Sisa Pepejal
Secara umumnya, pengasingan sisa pepejal di rumah ini adalah mengikut jenis komposisi sisa pepejal seperti berikut :
a. Kertas – surat khabar , majalah, buku panduan, komik, katalog, kertas computer, kertas A4, kertas berwarna, resit, bil , kotak kertas, kadbod, kalender, sampul surat, poskad, risalah, dan bungkusan pos.
b. Plastik – botol minuman ringan, botol jus, botol minuman air mineral, bekas makanan, bekas sabun cecair mandian, botl syampu, botol makanan kesihatan/vitamin, bekas pencuci pakaian/lantai, botol kicap, baldi, ,beg plastik, bekas ais krim dan lain – lain jenis plastik,
c. Lain – lain bahan yang boleh dikitar semula iaitu :-
http://www.bharian.com.my/node/78757
i. Kaca/Seramik - botol kicap, botol sos, botol jem, botol minuman ringan, botol vitamin, bekas kosmetik, pinggan kaca dan sebagainya.
ii. Tin aluminium/besi/logam lain - tin minuman ringan, tin makanan dan sos, tin biskut, tin makanan cecair, alatan dapur seperti sudu, periuk senduk dan sebagainya.
iii. Sisa elektrik/barang elektrik kecil – bateri, kalkulator, telefon bimbit, peralatan elektrik, lampu kalimantang, lampu LED,cerek elektrik, dapur elektrik dan sebagainya.
iv. Bahan fabrik/kasut/getah/kulit – kasut, beg tangan, pakaian, sarung tangan dan sebagainya.
v. Sisa berbahaya – bekas penyembur ubat nyamuk,tin cat, bekas racun, bekas bahan pelarut, bekas ubat anai – anai dan sebagainya.
d. Sisa Kebun/Taman – sisa halaman rumah seperti daun kering, ranting,pelepah pokok, batang pokok, rumput dan sebagainya.
e. Sisa Pukal – sisa peralatan rumah yang besar seperti peti sejuk, almari, katil, mesin basuh, sofa, perabot dan sebagainya.
Bagi komposisi sisa pepejal yang telah diasingkan di atas hendaklah dimasukkan dalam bekas yang sesuai/plastik sampah dan diletakkan di tepi tong sampah pada hari kutipan yang ditetapkan di sesuatu kawasan. Manakala bagi Sisa Pukal hendaklah diletakkan dengan kemas di bahu jalan hadapan rumah pada hari kutipan. Kutipan sisa pepejal berkenaan akan dibuat satu (1) kali seminggu oleh syarikat konsesi yang telah dilantik.
Di samping itu, bagi Sisa Baki pula, sisa berkenaan perlu dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai/plastik sampah dan dimasukkan ke dalam tong sampah. Sisa Baki ini merangkumi sisa makanan, lampin pakai buang, tisu, sisa –sisa lain yang kotor dan tercemar. Kutipan bagi Sisa Baki ini akan dibuat kutipan dua (2) kali seminggu oleh syarikat konsesi yang telah dilantik.
semuanya kena bermula dari rumah kan....kena amalkan...
ReplyDeletepasakkan dalam minda...amalkan andai ianya bermanfaat..amalkan..
ReplyDeletenegeri sembilan kena? aiyakkk...
ReplyDeletemasih menunggu depa antar mai tong sampah
ReplyDelete