Tips membeli peti sejuk
Hitachi jenama terbaik
Hari ni Abe We nak kongsi tips membeli peti sejuk atau dalam bahasa Johornya esbok. Peti ais nijam (zaman sekarang) memang cun melecun! Ala-ala Nelopa u olz.... Macam-macam pilihan. Macam-macam reka bentuk dan memang macam-macam harganya.
Di sebabkan macam-macam inilah, kita tidak tahu rahsia di sebalik pemilihan peti ais ni. Biasanya bila kita pergi tengok peti ais ni, apa yang akan kita lihat dulu?
- Harga
- Saiz/kapasiti
- Jumlah bintang (yang dok tepek kat pintu peti ais tu)
Betul tak?
Harga murah, 5 Bintang & Kapasiti menjadi ukuran |
Tips memilih peti ais
Antara jenama yang di rekemen untuk membeli peti ais ialah jenama Hitachi. Kenapa Hitachi?
1. Inverter & Dual Fan Cooling
Hitachi mengaplikasikan penggunaan inverter untuk keseluruhan komponen elektrik & elektronik di dalamnya. Atau dalam bahasa lainnya, satu peti sejuk tu menggunakan inverter. Berbeza dengan jenama lain yang menggunakan digital inverter.
Selain itu, Hitachi menggunakan Dual Fan Cooling iaitu ada 2 kipas penyejuk, satu di bahagian atas dan satu di bahagian bawah. Oleh itu, kedua-dua bahagian ini tidak terjejas dengan kapasiti kesejukan itu.
Berlainan dari produk lain, mereka hanya menggunaka 1 kipas penyejuk yang mana mempunyai efek pada tahap kesejukan peti ais tu.
2. Pilih peratusan Energy Saving paling tinggi
Semasa membuat penilaian untuk membeli peti ais, kita selalunya akan terpandang dahulu jumlah bintang yang ada pada pintu peti ais itu.
Sebenarnya ianya bukanlah cara yang tepat untuk mengetahui ianya adalah jimat tenaga atau tidak.
Kenapa mesti kita melihat atau terpandang dahulu bintang itu?
Abe We pun tak sure. Samada marketing strategy atau sebaliknya.
Apa yang perlu kita lihat?
Semasa membuat percaturan untuk membeli peti ais, pastikan purata jimat tenaga elektriknya sekurang-kurangnya 50% dan keatas.
Ada produk lain yang hanya 37% sahaja jimat tenaga elektriknya. Berbeza bukan?
Elakkan
Nasihat ini adalah datang dari beberapa jurujual barangan elektrik yang Abe We dah jumpa. Jika nak beli peti ais, elakkan dari memilih DIGITAL INVERTER kerana inverter ini hanya berfungsi hanya untuk bahagian lampunya sahaja.
Sekian sahaja tips yang tak seberapa ni. Kalau ada salah dan silap, mohon maaf ye.
teringin nk ade peti besar yang 3 pintu tu...
ReplyDeleteBila entah nak ada rumah sendri, nak beli benda2 macam ni :D
ReplyDeletebila la nak beli peti ais baru...ewan lanjer arrr satu
ReplyDeleteSgt membantu post ni. Mmg tgh nak cari esbok ni. Terima kasih!!
ReplyDeletesama-sama. memang berbaloi beli jenama hitachi
Deletesatu lagi kena ukur saiz pintu rumah especially yang dok apartmen..ye la duit abis beli last2 tak muat masuk pintu rumah nayaaaa
ReplyDelete