Tuesday 8 May 2018

Bas Sekolah Percuma - Air mataku tumpah kerana DBKL

Terima kasih DBKL beri bas percuma

Bila teringat zaman persekolahan, antara momen yang paling kita ingat ialah naik bas sekolah. Mana taknya, dekat situ lah macam-macam kenangan ada. Kalau yang sekolah rendah, naik roboh diorang dalam bas tu. Panjat sana sini. Bising. Entah main apa tah. Dalam bas pun jadi. Tu belum lagi bila bas berhenti. Ada yang panjat tingkap. Nak tunjuk hero dekat kawan-kawan. Haishhh budak-budak ni. Nama pun budak-budak kan. Memang kecoh manjang.


Bas Sekolah Percuma dbkl

Kalau yang sekolah menengah pula, lain pula pesen dia. Dah start tertib sedikit dalam bas. Tak de la panjat-panjat lagi. Tapi yang ala-ala romeo ni, pantang nampak awek. Di kacaunya. Duduk sebelah la. Tak pun dah janji awal-awal dekat dalam kelas, nak balik satu bas dan nak duduk sama-sama. Huhhh....poyo betul. Selamat BeWe bukan macam tu. BeWe ni ikut pesan mak tau. Takde nye gepren-gepren masa sekolah dulu.

Sebenarnya, masa kita sekolah dulu, tak pernah pun kita fikir kesusahan mak ayah kita bayar duit bas ni kan. Yang kita tahu, malas nak pergi sekolah je. Punya penat mak ayah kita ikat perut nak bayar duit sekolah kita, kita pula malas nak pergi sekolah. Bila anak kita ikut perangai kita, tau pula kita stress.
Bas Sekolah Percuma dbkl

Bila dah jadi mak ayah ni, memang besar cabarannya. Haaa...yang belum kahwin lagi tu, jangan pula takut dengar BeWe cakap macam ni. Bila dah jadi mak ayah ni, financial planning memang kena plan betul-betul. Jangan kita asyik salahkan kerajaan je. Itu tak bagi. Ini tak bagi.

Bila DBKL dah bagi bas sekolah percuma, mari kita ucap terima kasih kepada DBKL. Sasaran utama bas sekolah percuma ni di beri kepada Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan juga Perumahan Awam (PA). Syukur alhamdulillah dengan adanya program macam ni. Inisiatif ini memang terbaik dari DBKL. 




Bukan je dapat bantu mereka yang memerlukan, bahkan dapat meringankan beban mak ayah ni. BeWe memang harap sangat inisiatif ni di perluaskan. Ye lah, dengan cabaran ekonomi zaman sekarang ni, harapnya sudilah pihak Majlis yang lain buat inisiatif macam ni.



Nak tahu tak berapa ramai budak sekolah yang dapat manfaat ini? Bilangannya sehingga 6500 orang yang menerima manfaat ini. Ramai kan? Adik-adik yang dapat manfaat ni, meh sini BeWe nak tazkirah sikit.

  "Bila orang dah bagi kita percuma. Jangan sia-siakan. Manfaatkan sepenuhnya. Belajar betul-betul. Jangan ponteng sekolah. Bila dah berjaya nanti, buat yang lebih baik atau tingkatkan lagi inisiatif bas sekolah percuma ni. Ingat....Jangan sia-siakan. Kalau tidak, rugi masa depan".

12 comments:

  1. untunglah ada program macam ni..

    ReplyDelete
  2. Bas Sekolah
    Percuma???? Wow.. baguslah, jimat duit ibubapa bayr tambang bas skolah setiap bulan :)

    ReplyDelete
  3. Bagus program ni, membantu mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  4. Betul tu. .Harap budak budak sekolah dapat manfaatkan..jgn ponteng sekolah plak

    ReplyDelete
  5. Moga usaha murni ini dapat diteruskan pada masa hadapan

    ReplyDelete
  6. Dulu memang la lak fikir apa hehe tapi sekarang baru tahu bertapa sukarnya ia. Semoga program ini dapat membantu semua golongan yang memerlukan tu ye

    ReplyDelete
  7. Projek yang baik untuk rakyat semoga diteruskan.

    ReplyDelete
  8. Kalaulah dapat dikembangkan program bas percuma ni diseluruh Negeri,alangkah bagusnya

    ReplyDelete
  9. Semoga anak-anak yang dapat bantuan bas percuma ne berlajar bersungguh-sungguh

    ReplyDelete