Kad Ceria – Bantu Penduduk KL, Putrajaya Dan Labuan
Kad Ceria yang di perkenalkan oleh Ketua Kampung KL, Datuk Tengku Adnan adalah satu inisiatif yang sangat baik dan optimis kearah hebatkan negaraku. Dengan adanya Kad Ceria ini, ia dapat membantu penduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan.
Apa itu Kad Ceria
Kad ceria merupakan kad DISKAUN atau kad pemotongan terus harga ke atas pembelian di premis-premis dan lokasi terpilih. Program ini adalah salah satu inisiatif dalam usaha menangani kos sara hidup yang tinggi terutamanya bagi warga WILAYAH PERSEKUTUAN.
Sasaran Pengguna Kad Ceria
Kad ini dikhususkan kepada Warga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan Sahaja.
Keistimewaan Kad Ceria
Antara kelebihan dan keistimewaan Kad Ceria ialah:-
1) Diskaun sehingga 70% bagi setiap barangan / makanan / perkhidmatan.
2) Beli belah pada harga istimewa di lebih 3,798 premis / rakan dagang (merchants)
3) Diskaun di fasiliti milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan
2) Beli belah pada harga istimewa di lebih 3,798 premis / rakan dagang (merchants)
3) Diskaun di fasiliti milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan
4) Membantu menangani kos sara hidup yang tinggi terutamanya di Wilayah Persekutuan
Kedai yang terlibat dengan Kad Ceria
Persoalan yang paling utama kepada pemegang Kad Ceria ialah Kedai manakah yang mengambil bahagian dan memberikan diskaun ini? Antara Kedai atau syarikat yang memberikan manfaat Kad Ceria ialah:-
1. Astro – Diskaun RM50 untuk pengguna NJOI Box sahaja;
2. Secret Recipe - Diskaun 10% untuk makan ala carte yang melebihi RM50 dalam satu resit;
3. Mydin - Diskaun 5-20% bagi barangan bukan makanan;
4. Kenny Rogers - Diskaun 10% : Pembelian ala carte sahaja
5. KK Supermart, KK Home Deco, KK R&R, KK Motorsports dan KK Marketplace – diskaun 5-20% bagi produk terpilih;
Bukan itu sahaja, bahkan ada lagi kedai lain antaranya ialah:-
Perumahan
Astana Setia Sdn. Bhd. & Besteel Engtech Sdn. Bhd.– Diskaun RM2,000.00 : Daripada harga rumah;
Hospital
Hospital Pusrawi - RM 2500 : Pakej Bersalin (Bilik Seorang), RM 2000 : Pakej Bersalin (Bilik Berempat), RM 250 : Pakej Mamogram dan Ultrasound (Pemeriksaan Payudara), 5% : Perundingan Pakar, 5% : Ubat;
Makanan
Mykopiesatu, Food Truck Putrajaya, Wendy’s Burger, KLCC Food Truck yang memberikan diskaun 5% sehingga 10%
Kedai Cermin Mata
Focus Point – diskaun 10% bagi model dan jenama cermin mata terpilih;
100 Vision, Milano Eye Fashion, Bolton Vision dan AB Eyewear - 70% : bingkai dan kanta jenama Bolton, 60% : cermin mata jenama Bolton, 50% : cermin mata berjenama, 10% : kanta sentuh berjenama dan RM59 : pakej untuk pelajar dan OKU
Pakaian
Kamdar, Pusat Pakaian Hari-Hari
Lain-lain
BHP Petrol, , Tradewinds Travel Services Sdn Bhd, Celcom, Tomei Gold & Jewellery, Singer , Berjaya Books, Berjaya Hotels & Resorts
nice one! baru best nak shopping kan!
ReplyDeleteOwh mcm ni fungsi die.. tq
ReplyDeleteBaru semalam ada nampak info ttg Kad Ceria ni kat TV ...
ReplyDeletebyk gak boleh guna kad ni eh lebih 6000 kedai..bestnya
ReplyDeleteBeruntung orang KL. Jimat banyak tuu.. !!
ReplyDeleteDah apply..baru ku tahu wujud kad ni...
ReplyDeleteSiapa yang layak tu cepat2 la apply. Best kot kad ceria ni ;)
ReplyDeleteseronoknya kak pip kalau dpt kad ceria ni ...
ReplyDeleteWarga KL yg xde tu kena apply cepat..rugi x ambil peluang ni kan
ReplyDeletebyknya kelebihan kad ceria nih.
ReplyDeleteKad ceria... inisiatif terbaikkkk :)
ReplyDeletebagus de kad ceria ini
ReplyDelete#hebatkannegaraku
sebaik takcukup syarat je ni, kalau tak dah lama apply
ReplyDeleteBerbaloi dan best nak shopping lepas ni, bila pegang kad ceria. weehuuuuu
ReplyDeletesiapa yang layak tu kena apply cepat
ReplyDeleteWarga wp yang layak wajib apply...rugi tak apply
ReplyDeleterezeki anda la warga Wp, untung tau dapat kad ceria ni.
ReplyDeleteRasa nak apply je kad ceria ni..
ReplyDeleteBestnye sbb kad ni banyak function. Biasa terhad penggunaan. Siapa dapt ni mmg ceria selalu la 😁
ReplyDeletepeerghh daebakk kad ceria ni!
ReplyDeleteWahhh bagus ni.. nak jugak la
ReplyDelete