Saturday 9 June 2018

Harga skru chamber tayar

Harga skru chamber tayar hanya RM10


Beberapa hari lagi sahaja kita nak sambut hari raya kan? Nak balik kampung ni, antara kedai yang paling sibuk ialah bengkel kereta. Ada yang nak servis, ada yang nak tukar tayar. Bila nak tukar tayar pula, tiba-tiba kedai tayar suruh buat chamber. Harga sebatang skru chamber pula RM45. Mahal gila kot.


Cek kondisi kereta di Capture Garage


Hari ni BeWe pun check la beberapa bunyi yang tak sedap di dengar ketika bawa kereta. Macam biasa, BeWe mesti cek kereta BeWe di bengkel Capture Garage di Dengkil ni. Dah memang loyal customer lah BeWe kat sini. Lagi pun, pomen bengkel ni jujur. Kalau condition kereta kita ok, dia tak akan simply tukar. 

Macam hari ni, BeWe cek brake drum tayar belakang. Sebelum ni, masa BeWe tukar tayar, kedai tayar tu suruh tukar drum brake kedua-dua tayar belakang. Dia cakap bocor. Tapi BeWe tak pernah nampak pula ada minyak di lantai garaj.
Lepas tu dia suruh buat chamber sebelah tayar. Sebab tayar sebelah lagi dah buat. Harga buat chamber ni pula RM45. Mahai bak ang. Sebelum ni, BeWe pernah baca, skru ni tak lah mahal sangat. Memang murah je. 


Ni BeWe beli skru chamber dekat bengkel Capture Garage ni baru RM10. Bayangkan beza dengan kedai tayar. Kalau 2 tayar baru RM20. Tak kan kita nak bayar RM90 kot. Huiiii.....Rugi pokchik gitu.


Kenapa perlu buat chamber


Bagi yang nak tahu kenapa kita perlu buat chamber, boleh rujuk blog http://firestartingautomobil.blogspot.com/2011/12/aligment-toe-camber-caster-tayar-kereta.html. Blog ni telah menjelaskan tentang alignment tayar, chamber dengan lebih detail. BeWe ni tak pakar sangat. Kang salah cerita, jadi ajaran sesat pula.

Bagi sesiapa yang nak buat chamber, boleh tanya harga di bengkel kereta dulu. Kalau murah, minta bengkel pasang dan lepas tu proceed ke kedai tayar untuk buat alignment.

4 comments:

  1. salam singgah

    https://messarah.blogspot.com/2018/06/keunikan-sabun-cake-organik-100-buatan.html

    ReplyDelete
  2. ohhh.. ilmu baru. ptt la selama ni tukang pomen yg laiment tayar tu dok pusing2 blkg tayar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebatang skru rm45 paling murah bos. Mahal betul kedai tayar caj

      Delete
  3. Ambo g kat pusat service satu jenama kereta ni.. Sebtg skru dia mintak rm90.. Balik kg.. Pomen kg kate.. G kdai sparepart ckp nk skru chamber.. Aku beli rm15 sebtg.. Giler beza...

    ReplyDelete