Essential Oil rawatan alternatif
Essential Oil, satu rawatan alternatif yang menggunakan aromatherapy sebagai alternatif kepada perubatan moden. BeWe pun baru je try Essential Oil atau EO ni. Sebenarnya ada banyak EO yang di jual di luar sana dengan harga yang berpatutan dan kualiti yang hampir ataupun mungkin lebih baik sedikit. Jom kita kenal jenama Essential Oil yang terbaik dengan harga yang berpatutan.
Apa itu Essential Oil
Essential Oil ialah minyak semulajadi yang biasanya diperolehi melalui proses penyulingan dan mempunyai ciri bau tumbuhan atau sumber lain yang mana ia di ekstrak. Senang cerita pati minyak dari tumbuhan.
Bagaimana Essential Oil berkerja
Aromaterapi adalah sejenis ubat alternatif di mana kesan penyembuhan diberikan kepada sebatian aromatik dalam minyak pati dan ekstrak tumbuhan lain. Aromaterapi mungkin berguna untuk memberikan ketenangan, tetapi tidak ada bukti yang mencukupi bahawa Essential Oil berkesan menyembuhkan penyakit.
Jangan salah anggap ye bahawa EO ni dapat sembuhkan penyakit. Sebenarnya EO dapat memberi keselesaan dan mungkin boleh mengurangkan sakit.
BeWe siap e-mail Young Living tau, tanya EO apa yang dapat kurangkan sinus. Memang diorang langsung tak jawab soalan BeWe. Tiga kali BeWe e-mail. Sampai lah staff Young Living call BeWe cerita kenapa dia tak boleh jawab direct kepada customer. Staff YL tidak boleh menjawab secara direct EO mana yang berkesan untuk memberikan kelegaan kepada sesuatu penyakit. Tapi YL menyediakan kelas dan dari mereka yang berpengalaman menggunakan EO ni, pengguna yang berpengalaman ni akan cuba memberikan EO yang sesuai untuk sesuatu penyakit tu.
Melalui sedutan
Secara amnya EO boleh bertindak dengan pantas apabila kita menyedut aromaterapi itu sendiri. Apabila EO disedut melalui hidung, saraf kecil menghantar isyarat segera ke otak dan ia akan menyampaikan aroma ke minda dan badan kita.
Penyedutan boleh menjadi kaedah penyampaian yang paling langsung bagi komponen-komponen yang sangat menyihatkan yang terkandung di dalam EO, kerana utusan kimia dari EO melalui rongga hidung mempunyai akses langsung ke otak. Mungkin dari sinilah aroma menyegarkan dari EO itu akan memberikan rangsangan yang positif untuk di agihkan di tempat-tempat yang sakit tadi.
Melalui kulit
Tempat yang sesuai untuk menggunakan EO |
EO juga sangat efektif jika kita menggunakannya terus di kulit badan kita. Komponen penyembuhan ini akan diserap ke dalam aliran darah oleh liang-liang dan folikel rambut. Setelah berada di dalam aliran darah komponen di dalam EO tadi akan menyebarkan organ-organ dan sistem tertentu yang mereka bekerja.
Sapu di kawasan nadi |
Titik nadi adalah kawasan badan di mana saluran darah paling dekat dengan permukaan kulit. Menerapkan minyak pati ke kawasan-kawasan ini membolehkan penyerapan yang lebih cepat dan membantu mereka bekerja lebih cepat. EO sangat efektif bila di pakai di pergelangan tangan, kepala dan belakang leher.
Sapu di kawasan leher |
Sapu di kawasan kepala |
Nah, kita dah pun mengenali apa itu EO. Next entri kita ke tajuk seterusnya Kebaikan Essential Oil dan juga The Best Essential Oil yang kita perlu tahu.
Cukup tak entri ni? Kalau tak cukup, boleh bagi suggestion dalam ruangan komen ye.
No comments:
Post a Comment