Thursday 23 August 2018

Tips langsai hutang rumah dengan cepat

Tips percepat selesaikan hutang rumah


Hutang Rumah merupakan hutang yang paling besar dalam kehidupan kita. Hutang Rumah juga paling banyak mempengaruhi bajet kewangan kita setiap bulan. Bagaimanakah kita hendak mempercepat selesaikan hutang rumah ni? Jom kita ikuti tips percepat selesaikan hutang rumah.


Berapa banyak kita habiskan gaji untuk bayar hutang rumah?


Bagi mereka yang belum mempunyai rumah sendiri, tentu tertanya-tanya berapa banyakkah kita akan membayar hutang rumah dan sampai bila ia akan tamat?

Pada masa ini, untuk mendapatkan rumah dengan harga RM300,000.00 adalah agak sukar bagi kediaman jenis rumah teres. Kalau ada pun nun jauh di pinggir bandar. Dan mungkin juga kalau ada rumah teres setingkat. Bagi rumah teres 2 tingkat pula di anggarkan harga rumah bermula dari RM350,000.00 seunit. 

Untuk pengiraan mudah, kita ambil contoh mana-mana rumah, kita ambil harga RM300,000.00. Deposit yang di perlukan ialah 10% dari harga rumah iaitu RM30,000.00. Ada developer atau pemaju yang meletakkan syarat harga deposit hanya RM10,000.00. Namun pemaju akan cuba bermain harga dengan pinjaman bank pula.

Bila pemaju meletakkan deposit RM10,000.00, apabila kita mahu apply loan, pemaju akan meletakkan harga rumah menjadi RM320,000.00 dan kita akan mendapat loan sehingga 90% maksimum. Jadinya, pemaju masih lagi dapat RM30,000 dari kita. Tapi kita perlu bayar loan lebih RM20,000.00. Kebaikkannya, kita tak perlu keluarkan RM30,000.00 dari simpanan kita. 

Apabila loan kita telah lulus, lingkungan ansuran bulanan kita perlu bayar ialah RM1,400 untuk harga rumah RM300,000.00. Ini adalah anggaran untuk mereka yang belum mempunyai rumah untuk membuat kiraan jumlah ansuran bulanan yang perlu di keluarkan dari gaji mereka. Jika rumah berharga RM350,000.00 pula di anggarkan ansuran bulanan sebanyak RM1,700.00. Pengiraan ini adalah untuk mereka yang berkerja swasta dan bukan pekerja kerajaan.

Semasa apply loan, kita perlu tahu umur semasa kita. Bank akan memberi pinjaman sehingga maksimum 40 tahun berakhir dengan umur kita 65 tahun. Ini adalah umur maksimum yang bank akan kira. Jadi jika kita membeli rumah pada umur 28 tahun, bank akan kira umur kita 65 tahun tolak 28 tahun. Jadinya, pinjaman yang akan di luluskan bank adalah selama 37 tahun. Semakin rendah jumlah tahun pinjaman, semakin tinggi ansuran bulanan rumah kita di kenakan.

Tips percepat selesaikan hutang rumah


Untuk mengetahui bagaimana cara hendak mempercepatkan menyelesaikan hutang rumah ni, jom kita tonton video ini. Video ini amat bagus sekali. Sharekan kepada rakan anda sambil-sambil makan rendang tu.


1 comment:

  1. singgah petang!

    https://messarah.blogspot.com/2018/08/ragam-customer-online-yang-annoying.html

    ReplyDelete